aku sendiri tidak faham akan perasaan yang sedang aku alami sekarang. terus terang aku katakan, aku tidak marah akan diri kau. aku cuma tidak boleh lihat wajah kau. memang aku sudah maafkan dirikau, tetapi setiap kali aku lihat wajah kau, suatu perasaan membuak dihati ini. aku rasa diri ini bagaikan sampah dan tidak berharga. aku sedih, sebab aku rasa diri ini bodoh kerana membiarkan diri ini dilukai bulat-bulat. aku pernah mencintai dirimu sepenuh hati tetapi akhirnya cintaku dilukai seperitnya. hingga kini, aku terasa takut untuk memberi insan lain cinta ku ini kerana aku takut sejarah akan berlaku lagi. aku tidak sanggup diri ini untuk dilukai lagi. ketika insan lain ingin mengenali diriku, aku mengundur diri, kerana aku tidak boleh melawan ketakutan dalam diri ini. aku takut dilukai lagi. walaupun jejaka yang lain, tetapi aku masih lagi "cedera" lagi, jadi aku tidak boleh.
bagi teman-temanku, memang senang untuk mereka menyuruh diri ini untuk memaafkan dan melupakan hidup baru. diriku yang mengalam semua ini, tentu nya peritnya aku yang merasai bukan temanku yang lain.'
yang pasti, aku tidak marah pada dirimu. aku cuma tidak mahu mengingati kembali segala memori. biarlah ia padam begitu saja.
Monday, October 5, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)
